WAN

Friday 30 March 2012

SATU MADAH MENUJU MATLAMAT


Matapelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu subjek yang diambil  untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Ia merupakan satu subjek  pilihan untuk setiap pelajar  bagi memilih jurusan masing-masing setelah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR) .
Maksud yang jelas bagi subjek  ini ialah “Perakaunan merupakan proses menyediakan maklumat kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu peniaga membuat keputusan”.
Akan tetapi , ia juga amat perlu diketahui bagi setiap orang kerana ia mempunyai kepentingan tersendiri…..iaitu..Prinsip Perakaunan atau lebih sinonim dikenali dengan penggilan ‘kira-kira’  merupakan satu  asas yang penting dalam sebuah kehidupan kita selaku seorang hamba yang sentiasa membuat urusan bagaimana untuk mengurus bajet  agar sebuah kehidupan lebih terjamin dan menjadikan hati sentiasa tenang dan qanaah dengan memiliki  pengurusan yang bijak dan teratur.
Kesimpulannya daripada satu madah ini, ia mempunyai banyak matlamat dalam melengkapi sebuah perjalanan seorang pelajar dalam merealisasikan impian untuk mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan malah juga kecemerlangan dalam menguruskan sebuah kehidupan dalam zaman yang  semuanya mementingkan material atau kebendaan..

Waallahu a’lam bi showab…

Thursday 29 March 2012

AHLAM WASAHLAM..

Assalamualaikum..

Bersyukur kita pada ALLAH SWT dan Selawat ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW di atas nikmat kesihatan yang diberi hingga ke hari ini. Salah satu nkmat yang ada saat ini ialah dapat kita berkongsi satu ilmu ALLAH dalam mencari redhaNYA dalam perjalanan balik kita semua ke satu matlamat yang sama. Dalam mencari makna kehidupan ini, kita seharusnya mencari dan memilih satu jalan untuk menjadikannya sebuah impian untuk memperoleh sebuah kejayaan di dunia dan kecemerlangan di akhirat kelak. Alhamdulillah wa syukrilah, dengan izin-NYA..dapat diri ini berada di tahap ini dalam satu panggilan yang amat dinantikan setelah lama menunggu dengan akhirnya dipilih oleh ALLAH untuk mengambil Diploma Pendidikan.....maka satu tanggungjawab dan amanah sudah tersedia di bahu dalam meniti sebuah kehidupan..iatu CIKGU..semoga satu nama ini lebih menjadikan diri ini lebih bersedia untuk mengadap-MU YA ALLAH ,, dalam waktu kita sendiri tidak tahu bila dan masanya kita dijemput kembali dalam alam yang kekal..

Semoga saluran teknologi ini adalah satu alat untuk memberikan kita peluang untuk berkongsi ilmu ALLAH yang Maha Luas ini. Satu madah, satu matlamat, satu cara, satu impian akan tercapai jika diniatkan agar ayat-ayat diutarakan ini menjadi saksi akan kehidupan di akhirat kelak.

Akhir kalam,, semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita dunia akhirat..

waallahu'alam...