WAN

Friday 30 March 2012

SATU MADAH MENUJU MATLAMAT


Matapelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu subjek yang diambil  untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Ia merupakan satu subjek  pilihan untuk setiap pelajar  bagi memilih jurusan masing-masing setelah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR) .
Maksud yang jelas bagi subjek  ini ialah “Perakaunan merupakan proses menyediakan maklumat kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu peniaga membuat keputusan”.
Akan tetapi , ia juga amat perlu diketahui bagi setiap orang kerana ia mempunyai kepentingan tersendiri…..iaitu..Prinsip Perakaunan atau lebih sinonim dikenali dengan penggilan ‘kira-kira’  merupakan satu  asas yang penting dalam sebuah kehidupan kita selaku seorang hamba yang sentiasa membuat urusan bagaimana untuk mengurus bajet  agar sebuah kehidupan lebih terjamin dan menjadikan hati sentiasa tenang dan qanaah dengan memiliki  pengurusan yang bijak dan teratur.
Kesimpulannya daripada satu madah ini, ia mempunyai banyak matlamat dalam melengkapi sebuah perjalanan seorang pelajar dalam merealisasikan impian untuk mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan malah juga kecemerlangan dalam menguruskan sebuah kehidupan dalam zaman yang  semuanya mementingkan material atau kebendaan..

Waallahu a’lam bi showab…

No comments:

Post a Comment