Mengetahui agama belum tentu
menjadikan seseorang mendekatkan diri
kepada ALLAH . Betapa banyak insan yang
memakai pelbagai gelaran agama, namun mereka gagal mendampingkan diri kepada
ALLAH.
Untuk mencari kebahagian dan sakinah, insan bukan sekadar berilmu,
tetapi hendaklah mengikhlaskan diri kepada ALLAH, menyerah dan bergantung
kepadaNYA.
Apabila jiwa bersih dari sebarang
unsur syirik, apabila ditanggalkan dari
nurani ini kebesaran dan pergantungan kepada makhluk, di tempatkan hakikat
tawakal kepada ALLAH, apabila insan sentiasa berdoa, rintihan, harapan, rayuan,
esakan, tangisan kepada ALLAH, dilontar jauh segala pengharapan jiwa kepada
selainNYA, maka insan aka menemui hakikat kenikmatan hidup.
Apabila zahir dalam kehidupannya
apa yang dia sering kita ungkapkan dalam surah Al-Fatihah “Hanya Engkau kami
sembah dan hanya Engkau kami memohon pertolongan”. Maka zahir keyakianan hidup
dan kenikmatan yang tiada bertebing bagi sebuah diari yang singkat ini.
Moga kenikmatan yang lebih besar
di akhirat menanti. Apabila zahir hakikat ini dalam hidup. Lahirlah kehidupan
yang berprinsip. Dibukakan laluan
kehidupan dan sentiasa di bimbing dalam menuju garis penamat riwayat hidup ini.
Lahirlah insan yang soleh yang kakinya meminjak bumi, jiwanya bergantung kepada
ALLAH SWT.
Apabila sakinah itu ALLAH berikan
dalam kehidupan seseorang, segala rintangan amat kecil kerana dia sedang
bersandar kepada Maha Agung dan Maha Besar, kata Imam Ibn-Al-Qayyim:
Sakinah : “ ketenteraman dan
ketenangan hati nurani. Asalnya dalam hati nurani dan zahir kesannya pada
anggota’”.
-Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Tibb
al- Qulub 237, Damsik:Dar AL-Qalam)
Sumber: Dr Mohd Asri ( Sinar
HARIAN-6 Mei 2011)
WaALLAHUa’lam…BI SHOWAB.
No comments:
Post a Comment