PENGENALAN PERAKAUNAN
Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.
| Simpan kira | Perakaunan |
| Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan | Perakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya |
| Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan bergu | Perakaunan meliputi kerja merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisis |
| Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan | Ia merangkumi bidang yang lebih luas |
| Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin | Kerja perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional |
No comments:
Post a Comment