WAN

Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Friday, 27 April 2012

KITA BERTANYA, AL QURAN MENJAWAB


KITA SERING BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.’
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA JUGA KADANGKALA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
- Surah Al-Baqarah ayat 216

PABILA KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’
- Surah Al-Baqarah ayat 286
ADAKALANYA KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’
- Surah Al-Imran ayat 139

DAN… KETIKA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI MASALAH INI?
QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

APABILA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
- Surah Al-Baqarah ayat 45

LALU KETIKA KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
- Surah At-Taubah ayat 111

DAN KETIKA KITA BERTANYA : KEPADA SIAPAKAH AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.’
- Surah At-Taubah ayat 129

ADAKALANYA KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
- Surah Yusuf ayat 87
 

Wednesday, 25 April 2012

SAKINAH~KTENANGAN

Mengetahui agama belum tentu menjadikan seseorang mendekatkan  diri kepada ALLAH . Betapa banyak insan  yang memakai pelbagai gelaran agama, namun mereka gagal mendampingkan diri kepada ALLAH.
Untuk mencari kebahagian  dan sakinah, insan bukan sekadar berilmu, tetapi hendaklah mengikhlaskan diri kepada ALLAH, menyerah dan bergantung kepadaNYA.
Apabila jiwa bersih dari sebarang unsur  syirik, apabila ditanggalkan dari nurani ini kebesaran dan pergantungan kepada makhluk, di tempatkan hakikat tawakal kepada ALLAH, apabila insan sentiasa berdoa, rintihan, harapan, rayuan, esakan, tangisan kepada ALLAH, dilontar jauh segala pengharapan jiwa kepada selainNYA, maka insan aka menemui hakikat kenikmatan hidup.
Apabila zahir dalam kehidupannya apa yang dia sering kita ungkapkan dalam surah Al-Fatihah “Hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami memohon pertolongan”. Maka zahir keyakianan hidup dan kenikmatan yang tiada bertebing bagi sebuah diari yang singkat ini.
Moga kenikmatan yang lebih besar di akhirat menanti.  Apabila zahir  hakikat ini dalam hidup. Lahirlah kehidupan yang berprinsip. Dibukakan  laluan kehidupan dan sentiasa di bimbing dalam menuju garis penamat riwayat hidup ini. Lahirlah insan yang soleh yang kakinya meminjak bumi, jiwanya bergantung kepada ALLAH  SWT.
Apabila sakinah itu ALLAH berikan dalam kehidupan seseorang, segala rintangan amat kecil kerana dia sedang bersandar kepada Maha Agung dan Maha Besar, kata Imam Ibn-Al-Qayyim:
Sakinah : “ ketenteraman dan ketenangan hati nurani. Asalnya dalam hati nurani dan zahir kesannya pada anggota’”.
-Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Tibb al- Qulub 237, Damsik:Dar AL-Qalam)
Sumber: Dr Mohd Asri ( Sinar HARIAN-6 Mei 2011)

WaALLAHUa’lam…BI SHOWAB.

PERNAHKAH KAU MENYEDARI....


Wahai diri, pernahkah kau menyedari betapa beruntungnya dirimu jika kau mengetahui hakikat kehidupanmu dan menelusi limpahan kasih Tuhan buatmu?

Pernahkah kau menyedari betapa banyak kebaikan dan keajaiban yang berlaku dalam hidup-Mu sedangkan tak pernah kau meminta dari-Nya dalam doamu.

Pernahkah kau menyedari betapa banyaknya harapan jua permintaanmu yang kau lafazkan atau yang terpendam di hatimu diperkenankan oleh Nya tanpa syarat.

Pernahkah kau menyedari biarpun doamu tidak terjawab seperti yang kau minta dan rayu, Dia telah menggantikanya dengan sesuatu yang lebih baik dari itu untukmu.

Pernahkah kau menyedari akan besarnya limpahan kebaikan yang menyelimuti hidupmu atas sifat Kasih-Nya, sedang terlalu sedikit kesyukuran yang kau sembahkan pada-Nya.

Pernahkah kau menyedari betapa sedikitnya kesulitan yang kau rasai berbanding lautan kesenangan yang kau kecapi dan kau masih merungut dan tidak sabar menghadapinya.

Pernahkah kau menyedari akan seringnya kesulitanmu yang sedikit itu digantinya dengan kesenangan yang kau raikan dan kau masih selalu melupai-Nya.

Pernahkah kau menyedari betapa sedikit zikirmu, syukurmu, amalanmu yang kau hamparkan buat-Nya sedangkan Dia masih setia memberi dan memberi padamu.

Pernahkah ada sesiapa yang mengasihimu sehebat kasih-Nya, menjagamu seperti penjagaan-Nya, bersabar denganmu seperti sabarnya Dia?

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan hati, dengan merasa qana’ah (memadai) pada yang diberi-Nya baik ia menepati keinginanmu atau tidak, dengan merasai kehebatan kasih-Nya dalam setiap yang kau lalui, dengan tidak mempersekutukan-Nya dengan apa pun.

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan lidah, dengan hamdalah dan tasbih memuji nama-Nya, dengan berkata baik sesama saudaramu, dengan menahan lidahmu dari mengeji manusia, dengan menyampaikan nasihat dan kata dorongan pada saudaramu.

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan anggota, dengan menggunakannya untuk beribadat khusus pada-Nya, dengan membantu saudaramu yang memerlukan, dengan menjadikan dunia penuh dengan kebaikan, dengan mengisi harimu untuk perjuangan.

Wahai diri, sedarlah....

Tuesday, 17 April 2012

PANDUAN MUSLIMAH

,

 
Salam..pelajar dan adik-adik...kita sendiri yang mencorakkan diri kita..jadi adik-adik pilih lah cara yang macam mana dengan ketetapan syariat islam....moga semuanya berlandaskan islam..tepuk dada,tanya iman..